top of page

Agama Bukan Untuk Cari Makan

Agama  sudah dijual beli atau diperdagangkan

Ilmunya sudah dijadikan oleh setengah orang  dikomersialkan

Islam telah dijadikan gelanggang cari  makan,

tanpa  malu dan segan  dengan Tuhan

Kalau tidak dibayar upah tidak akan disampaikan

Samada berbentuk dakwah motivasi dan nasyid- nasyid 

Di hadapan  ramai atau orang,

Padahal hak Tuhan di wajibkan  disampaikan kepada setiap insan,

Bermula dari  Nabi sebagai contoh

Hinggalah  kepada umat  Islam yang pandai di akhir zaman,

Para-para Nabi telah membuat pengakuan di dalam Al Quran,

Apa yang disampaikan  bukan minta dibayar

Cukuplah sudah Tuhan yang membayar,

Para Nabi menyampaikan ilmu Islam sebagai kewajipan

Kalau tidak satu kesalahan

Tiba-tiba di akhir zaman di kalangan umat menjadikan agama tempat cari makan

Kalau orang bagi tanpa diminta atau tawar-menawar tidaklah menjadi kesalahan

Yang salah menetapkan upah atau bayaran

Kalau tidak, tidak jadi disampaikan

Mereka-mereka ini tidak takutkah kepada Tuhan

Agama walau disampaikan bentuk apa sekalipun wajib disampaikan

Ia bukan tempat cari makan atau untuk tempat mendapat bayaran

Begitu berani mereka itu menjual agama untuk mencari makan

Padahal Tuhan telah memberi ingatan di dalam Al Quran

Janganlah menjual ayat-ayatku  dengan harga yang murah

Mengambil upah dari agama kerana cari makan

Dianggap oleh Tuhan harga murahan

Tuhan menyuruh menyampaikan untuk keredhaan-Nya

Itulah yang mahal di sisi Tuhan,

Tiba-tiba kita mengambil upah di dunia melalui

agama memanglah itu barang murahan

Aku ingatkan diriku dan tuan-tuan sekalian,

Marilah kita  takut kepada Tuhan

Kalau hendak cari makan banyak jalan dan cara boleh kita lakukan

Bukan menggunakan agama mencari makan atau mencari kekayaan,

Sekian sebagai ingatan kepada tuan-tuan dan puan-puan

Harap maaf  kerana teguran





Bukanlah yatim piatu itu tiada berayah tiada beribu

Yatim piatu itu yang tiada beradab dan ilmu

Tiada ibu dan bapa tidak mengapa

Tidak ada ilmu dan adab, manusia terhina

Tiada ibu dan bapa bukanlah aib

Nilai manusia bukan di situ

Bila tiada ilmu dan akhlak tidak ada nilai dirinya

Ilmu dan akhlak nilai diri manusia

Wahai anak-anak yang tiada ayah dan ibu

Jangan hati susah ketiadaan mereka

Pentingkanlah ilmu dan akhlak mulia

Lebih-lebih lagi iman dan taqwa

Ada ibu dan ayah tiada apa-apa erti

Jika iman, ilmu, akhlak tiada diperolehi

Mereka akan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya

Juga kepada dua ibu bapa mereka

Berapa banyak manusia yang masih ada ibu bapa

Tapi derhaka kepada kedua-duanya

Kerana iman dan ilmu tiada di dada

Akhlak yang mulia tidak lahir dari mereka

Janganlah sedih ketiadaan ibu dan bapa

Nasib kita bukan ditentukan oleh keduanya

Carilah iman pentingkan ilmu

Hiasilah diri dengan akhlak, Tuhan cintakan kita

Sedihkanlah kalau kita tidak ada itu semua

Yatim Piatu

Akalku adalah guru pertama dan utamaku

Aku banyak belajar dengannya, bahkan sekarang masih sering belajar dengannya

belum pernah berhenti

Dia selalu beri aku ilmu, aku bertanya dia menjawabnya

Berbagai-bagai ilmu aku belajar dengannya

Aku belajar ilmu Akhirat dan aku juga belajar ilmu dunia dengannya

Guruku itu sangat pintar, jarang pertanyaanku tidak dijawabnya

Guruku itu sedikit sangat dia mendapat ilmu dari buku atau kitab

Guruku belajar dengan alam, dengan kehidupan, dengan kejadian, dengan isu semasa yang dia lihat mahupun yang dia dengar

Akal yang menjadi guruku itu sering mendapat ilmu daripada raja diriku iaitu hatiku

Dengan itu ilmu itu tercapai lagi, diproses lagi, dinilai lagi, dihalusi lagi,

dikeluarlah ilmu yang seni-seni

Buahnya lahirlah ilmu di dalam ilmu, di dalam ilmu ada rahsia, iaitu ilmu hikmah yang tidak ada di dalam buku dan kitab

Maha Besar Tuhan yang cara itulah Dia memberi ilmu kepada guru utama dan pertamaku iaitu akalku

Kemudian aku belajar dengannya, amat seronok tidak jemu-jemu

Jarang aku dikecewakannya, apa sahaja pertanyaanku dapat dijawabnya

Berbagai-bagai ilmu yang aku tanya, tetap dijawabnya  

Dia guruku itu tidak jemu-jemu memberi ilmu, ada sahaja ilmu yang diberinya

Ilmunya itu yang aku sampaikan atau yang aku ajarkan kepada murid-muridku

Murid-muridku itu pula tidak jemu-jemu menerimanya, mahu lagi,

menunggu lagi, apa lagi

Guruku itu berbagai-bagai ilmu yang diajarkannya kepadaku

Ilmu agama, sejarah, politik, falsafah, saikologi, budaya, masyarakat, isu semasa

dan lain-lainnya

Jangan sahaja dia melihat, mendengar,  dia boleh memberi ilmu,

apa yang dia dengar dan apa yang dia lihat

Rupanya guruku itu iaitu akalku buku atau kitab atau surat khabar yang dibacanya

adalah alam semesta

Kehidupan yang dilaluinya, kejadian alam, tingkah laku manusia padanya

semuanya  jadi  ilmu

Kerana itulah guruku itu ilmunya seluas alam semesta

Sayang sekalilah kalau ada manusia hanya belajar dengan buku atau kitab

tapi tidak belajar sama dengan akalnya

Padahal akalnya itu dia adalah guru utama dan pertama  kepada manusia

Belajar dari buku atau kitab dia jadi beku kalau tidak belajar bersama dengan akalnya

Akal Sebagai Guru

© 2013 by Jaka Oktorian. Tidak ada orang yang dirugikan dalam pembuatan situs ini.

bottom of page